Radang periodontium
Radang periodontium

Radang periodontium

Radang periodontium, periodontitis, atau piorea ialah satu set penyakit meradang yang menjejaskan periodontium, iaitu tisu-tisu yang mengelilingi dan menyokong gigi. Periodontitis melibatkan kehilangan progresfi bagi tulang alveolus di sekitar gigi, dan jika dibiarkan tidak dirawat, boleh membawa kepada pelonggaran dan kehilangan gigi ikutan. Periodontitis disebabkan oleh mikroorganisma yang melekat pada dan tumbuh pada permukaan gigi, bersama dengan gerak balas imun terlebih agresif melawan mikroorganisma ini. Diagnosis periodontitis diasaskan dengan pemeriksaan tisu gusi lembut di sekitar gigi dengan prob (iaitu pemeriksaan klinikal) dan dengan penilaian filem sinar-X pesakit (iaitu pemeriksaan radiografi), untuk menentukan amaun kehilangan tulang di sekitar gigi.[1] Pakar dalam perawatan periodontitis ialah doktor periodontium; bidang mereka dikenali sebagai "periodontologi" atau "periodontik".

Rujukan

WikiPedia: Radang periodontium http://www.cap-acp.ca/en/public/periodontal_diseas... http://www.dogtips.co/gum-disease-in-dogs/ http://www.bluecrossah.com/pages/dental.php http://www.colgate.com/app/Colgate/US/OC/Informati... http://www.diseasesdatabase.com/ddb29362.htm http://www.helpmedentist.com/gum_disease.html http://www.mayoclinic.com/invoke.cfm?id=DS00369 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19508246 http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=... http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/00...